Dalam episode yang lepas, soal turun ego atau naik ego antara Ariena dan Irfan sudah pun selesai. Mereka kini sedang slow2 mengenali antara satu sama lain. Yusri pula semakin sibuk dengan pemilihan pemain-pemain baru untuk pasukan UKMB FC. Sedikit sebanyak hal ini dapat mengalihkan perhatiannya terhadap kesedihannya dengan penolakan Ariena. Sesungguhnya Yusri amat sedih, namun die gembira melihat Ariena yang kini mampu tersenyum girang. Biarpun dimata Ariena dia hanya seorang kawan namun itu sudah membuat dia cukup bahagia. Dalam diam, dia memerhati Ariena yang semakin rapat dengan Irfan tanpa sedikit pon di sedari oleh Ariena.
Kini, Sofiya lah yang selalu menemani Yusri dan memberikan Yusri semangat. Tuhan saja yang tahu betapa luluhnya hati Yusri, namun Yusri akur akan takdirnya pada masa ini. Dia hanya berdoa semoga Ariena sentiasa gembira, dan mungkin suatu hari dirinya sendiri akan mengecapi bahagia. Sofiya sangat sedih melihat Yusri yang patah hati, tersentuh hatinya melihat yusri. Semakin lama, rasa sukanya pada Yusri semenjak semester pertama semakin mula timbul jelas di hatinya kini. Haruskah dia berterus terang kepada Yusri? Sofiya seorang yang lincah, petah bercakap nampak seperti seorang yang sangat kuat rupanya sudah lama menyimpan perasaan terhadap Yusri. Namun dipendamkan sahaja olehnya kerana baginya siapalah dia di mata Yusri. Namun itu tidak sedikit pon menjejaskan Sofiya. Kuat sungguh hatinya mengharungi lautan perasaannya sendiri.
Di dalam bilik Ariena pada suatu petang…
Sofiya: Kau nampak bahagia je sekarang..Irfan betul-betul buat kau tersenyum la Rin. hah! kan merah dah muka..hahhaha
Ariena: kau ni mengada la, aku segan la..entahlah..bila tengok dia aku rase tenang.
Sofiya: tengok yusri?
Ariena: Yusri? herm..die baik..tapi aku tak rasa apa-apa bila tengok or jumpa dia. Tapi, aku selesa dah berkawan dengan dia kebelakangan ni..mungkin sebab kami dah berterus terang tentang perasaan masing. Dia pun indirectly dah tau soal Irfan.
Sofiya: herm..Yusri mesti sedih.Kesian dia.
Ariena: hurm..aku tak mampu la nak buat semua happy. If boleh tiada niat aku nak buat dia sakit hati or sedih.
Sofiya: aku paham rin. aku paham k. kejarlah apa yang buat kau bahagia tau.
Ariena: hehe..yup..aku hepi je.. entahlah..aku betul-betul tak sangka Irfan akan berterus terang camtu.. (sambil terus bercerita tentang kisah makan malamnya)
Sofiya: wah..kau ni mmg dah angau ni..tengok tu..bersinar-sinar mata sebut pasal Irfan.
Ariena: lepas arwah, aku tak pernah rasa camni sofiya. Aku happy sangat. aku ingat aku takkan dapat rasa perasaan ni lagi.
Sofiya: aku rasa budak Irfan tu ok je. chayok2.
Ariena: ishk ko ni..hahaha..terima kasih. eh2..duk ejek2 aku..ko ape cerita? asek jual mahal dengan zack.
Sofiya: aku tak suka dekat dia la. bukan aku sengaja jual mahal.
Ariena: haih..kau semua pon tak suka.entah sape yang kau suka entah. eh dah lah sembang pasal ni..aku punya esaimen tak siap lagi.
Sofiya: hahhaha..aku gay kot.tahu tape banyak betul la. minggu depan ada kuiz lagi..pening aku memikirkanya.
Ariena: eh kau jangan…
Sofiya: hahaha..jage kau rin..aku datang..jeng3x.. (sambil mencucuk pinggan Ariena)
Ariena: aaaaaaa..(jerit ariena kegelian) ..jangan la sofiya..gelilahh..aaaaaa…
malam itu, sofiya pergi ke perpustakaan UKMB untuk group discussion research mengenai phatophysiology jantung. Group itu terdiri daripada 3 orang, iaitu Yusri, Zakuan dan Sofiya. Selepas tamat perbincangan mereka,..
Sofiya: wei2..tumpangkan aku wei.
Yusri: haha..kau ni..beria lak nk tumpang-tumpang..memang aku akan hantar kau balik la.hahahha
Sofiya: thanks.
Yusri: eh..kau dah makan?
Sofiya: dah nape?
Yusri: oh takde..aku tak makan lagi..if tak leyh makan sekali. takpela..aku hantar kau balik dulu.
Sofiya: eh takpela..jom r makan..aku tetiba lapar balik ni..hahaha
Yusri: amboi..hahha..ok set..aku pon bosan gak if makan sorang ni. tadi tak sempat nak makan.
Sofiya: hahha..nanti makan la banyak2.sian ko.
Yusri: hahha..ok2..
sesampai di kedai makan…
Sofiya: saya nak teh o ais je.
Pelayan: so, teh o ais satu, horlicks satu dan nasi goreng daging black pepper satu. makan. cik?
Sofiya: takpe..minomm je.
Yusri: lah cakap lapar.
Sofiya: if tak ckp cmtu, kang ko segan nk aku temankan ko makan.
Yusri: hahaha..thanks sofiya.
Sofiya: so cane petang tadi pemilihan?
Yusri: aku tak decide lagi. esok ade lagi. tapi tadi aku rase aku dah kawteam ngn coach nak bawak masuk ammar dan irfan….
Sofiya: oh..masuk gak due ekor tu.
Yusri: haha..both power tu.skill bagus. semangat ada and paling penting stamina tu dan komitmen nak main.
Sofiya: bagus lah tu.
Yusri: Ariena dah makan ke?
Sofiya: yup makan ngan dia tadi.
Yusri: oh die tak kuar date pulak?
Sofiya: haha..die belom kapel lagi la.
yusri: so, betol la hari tu yang aku nampak die keluar dengan Irfan?
Sofiya: sori yus.
Yusri: takpela softlan oi..aku ok je. hahaha. hah..lapar2.
Sofiya: hahaha..COMOT!!
Yusri: mane ade? hah? yeke ..mane2?? (sambil mengesat mulut)..kau saje je kan..ye pon jgn r jerit..hahaha
Sofiya: hahha padan muke booo! ( sowi yus, aku just takmau ko sedih dan terpikir ariena bisik hati sofiya)
setelah siap makan, Yusri menghantar sofiya pulang..
Sofiya: yus. if kau ade prob.jgn segan2 doe tanye aku..ok ..take care =)
Yusri: thanks sofiya.take care too.
Sofiya ingin membalut luka dihati Yusri. Namun mampukah dia? Irfan dan Ammar team up dengan UKMB? bagaimana penerimaan Yusri? Ariena akan terus gembira? bagaimana pula dengan Qistina yang sedang memburu Irfan? same-same nantikan episod akan datang di bila xx + xy di blog rexienerra bersama REXIE..
1 comments:
hurm...
Post a Comment