Ayam berkokokan di Subuh hari, duduknya seorang hamba Allah menadah tangan dan berdoa …
“.. Ya Allah, aku mohon kepada mu, kau maafkanlah hamba mu ini di atas segala kesalahan yang telah aku lakukan. Aku mohon kepadamu Ya allah permudahkanlah segala urusan ku, Kau lindungilah aku dengan nur dan kasih mu Ya allah.. Ku mohon Ya Allah semuga Ariena Alyssa adalah takdir dan jodoh yang telah Kau tetapkan untukku Ya Allah. Izinkan aku untuk menemaninya sehingga akhir waktu. sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon. Kau lindungilah ku, keluargaku, sahabatku dan insan yang ku sayang.. amin…”
Irfan bersyukur kerana dipertemukan dengan Ariena, setelah hampir 9 bulan mengenali Ariena, telah banyak yang dia pelajari dan rasai. Ariena merupakan seorang yang telah menunjukkan satu hala tuju yang pasti. Ariena seorang yang tabah, berani dan penuh dengan gayanya tersendiri. Baginya Ariena lah sahabat dan penyejuk hatinya yang amat dia sayang. Hanya Ariena yang mampu meredakan hatinya yang sering bergolak. Setidak-tidaknya masalah keluarganya dapat dilupakan dengan kehadiran Ariena.
Irfan dilahirkan dalam keluarga yang berada. Ayahnya, Dato’ Zahirul Hisham bin Zainal Abidin merupakan usahawan berjaya tanah air. Manakala ibunya, Farah Diyana merupakan seorang bekas pramugari dan model terkenal. Dulu mereka bahagia, namun semenjak 2 tahun lalu, pelbagai masalah telah menimpa keluarga mereka. Ayahnya terlibat dengan skandal dengan seorang artis manakala ibunya menuntut cerai. Pergolakan rumah tangga kedua ibubapanya telah serba sedikit memakan diri Irfan. Irfan lebih bersikap low profile dan menyendiri. Di saat keluarganya di landa masalah, kekasih hatinya Syazlin pergi meninggalkannya untuk melanjutkan pelajaran di luar negara. Tidak cukup dengan itu, Syazlin memutuskan hubungan kerana jatuh hati terhadap seorang lelaki mat salleh. segala masalahnya dipendam jauh disudut hati. Cuma kini, dia mula ceria dan kembali hidup dengan kehadiran Ariena. Sayangnya terhadap Ariena tidak berbelah bahagi. Segala masalah yang di hadapinya telah mematangkannya sebelum usia.. dia yang dulu pernah hilang di bawa arus sosial telah kembali tenang dan berwawasan dengan adanya Ariena disisinya serta ammar, sahabat baiknya semenjak sekolah rendah.
Ammar: uit.jauh termenung.
Irfan: am.. haha. aku terpikir sesuatu. aku rasa aku bahagia sangat sekarang.
Ammar: mahu tak bahagia. dapat awek sikit punya understanding. Kau bertuah dapat dia fan.
Irfan : yup.aku harap dia tak macam syazlin..
Ammar: aik. tak payah ingat lagi la minah tu. kau ni. jangan dibandingkan. kalau Rin tahu, kecik hati dia.
Irfan: aku tau. rin tiada tandingannya fan. ak bersyukur kenal dengan dia.
Ammar: dah. jom siap.aku lapar ni. nak breakfast. lecture dah lah awal pagi nanti tak sempat.
Mereka bersiap-siap untuk ke kuliyah.
Petang itu, Sofiya duduk termenung di tepi padang. Tanpa disedarinya ada seseorang menghampirinya..
Yusri: oit! termenung jauh!
Sofiya: Yus.. eh2 (mengesat air mata).. buat ape dekat sini.
Yusri: eh kenapa ni?
Sofiya: Takde ape. kau buat ape kat sini?
Yusri: Aku jalan-jalan je. kenapa ni sofiya? sharelah dengan aku. selama ni kau banyak tolong aku, bagi can dekat aku pulak k. ( menyiku bahu sofiya.)
Sofiya: entahlah yus. tak tau aku nak cakap. tapi takpa aku ok je.(dalam hati terdetik satu rasa.. yusri, aku sayang sgt2 dekat kau. tolong jangan pergi ireland)
Yusri: Sedih sebab aku nak pergi eh?
Sofiya: yus, please jangan baik sangat dengan aku. (terus bangun dan lari meninggalkan yusri)
Yusri: SOFIYA!!! ( hairan dan pelik)
Malam itu, Yusri resah dan tidak tenteram teringat akan kejadian petang tadi. Die tidak tahu apa yang telah di salah cakap atau buat terhadap sofiya sehingga sofiya menangis dan lari. Benarkah apa kata-kata akmal yang Sofiya sudah mula menyukainya. Tapi tidak mungkin, sofiya sendiri tahu bahawa Yusri sukakan Ariena. Segala-galanya begitu kusut dan tidak jelas. Namun yang pasti hanya satu, dia tidak mahu kehilangan persahabatan sofiya. Malah hatinya terasa sayu melihat sofiya menangis. Tidak pernah dia melihat sofiya berkeadaan sebegitu. Selama dia mengenali sofiya, sofiya merupakan seorang hang happy-go-lucky dan sering menjadi penghibur setiap teman sekuliah. Dialah yang selama ini selalu menjadi orang yang memberi semangat. Perlahan, Yusri menyedari, telah banyak Sofiya lakukan untuk menceriakan orang sekelilingnya namun tidak pernah ada sekali pun dia lihat sofiya bersedih dan ada orang yang cuba menceriakannya. hati lelakinya sedikit terusik dengan sifat Sofiya. Selama ini hanya sofiya tahu dan menguruskan masalahnya sendiri.
“ aku perlu buat dia ceria..haih..kenapa dengan kau sofiya” bisik hati Yusri.
kring kring kring…
yusri: hello Sofiya…
Sofiya: Yus., maafkan i.
……………………..bersambung………….
p/s:
cerita ni agak pendek.nak balik kuantan negh..haahha.. akan diupdate jumaat ini =)
kesah xx + xy ni akan keudara seperti biasa, jumaat , sabtu dan ahad. hehehe ;p
1 comments:
happy holidaysssss!! ^^
Post a Comment