Pernah suatu ketika dahulu aku di tanya satu persoalan..
Bolehkah lelaki dan perempuan berkawan rapat untuk selama-lamanya..
Dahulu zaman tok kaduk, jawapan yang ku berikan..
“alah apesal pulak tak boleh, aku ok je kawan ngan si Reez tu sampai sekarang”
reez, maaf terpaksa ku sebut nama di kau wahahha.. yang tak disebut jangan marah or merajuk ha.. pening aku nak pujuk..ekekke..
Untuk pengetahuan semua, ya aku masih berkawan dengan beliau..
masih saling berhubung dari masa ke semasa,
bukan dengan beliau sahaja, ramai lagi sebenarnya..
namun adakah aku rapat seperti suatu ketika dahulu..
warning awal-awal.. ini bukan kisah cinta..
ini kisah persahabatan antara lelaki dengan perempuan, lelaki dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan..
kawan perempuan ramai sahaja,
terpaksa ku ulang AKU RAMAI LA KAWAN PEREMPUAN!!!
aku harus tekankan..sebab ada yang konon cakap kenal aku sangat2 tapi end up actually he doesnt know anything about me,,muahahha.. WTfish tul..ok2 takmau emo2..ekeke
tapi sedikit je yang betul-betul rapat itu aku tak dapat nafi..
malah nak sebut pon aku mampu, sbbnya mmg sikit je yang aku betul2 rapat..
nanti akan ku beritahu sebabnya di bawah..
Kawan lelaki ramai jugak, tapi ramai jugak yang pernah rapat.. dan ramai jugak yang dah tak rapat.. herk??? kenapa begitu?? haaa! tadaaa.. inilah apa aku cuba sampaikan..
bukan yang tak rapat tu jadi tak rapat sebab bergaduh, bertumbuk atau apa, cumanya.. ia seperti lumrah dan sesuatu yang biasa berlaku dalam sepanjang aku hidup ni..
kalau rapat terlalu lama, lain ceritanya..
apa yang ku coretkan dekat sini just berdasarkan pengalaman..
sharing is caring kan..
so maybe ada yang sepengalaman dengan ku..ngeh3x ;p
KAWAN PEREMPUANKU~
kawan perempuan,
bukan mudah nak cari yang benar-benar boleh ngam..
biasalah charge sama, mestilah berlaku penolakan atau dengan saintifiknya..
REPULSION..eceyh..
namun, rintangan ini dapat di atasi dengan adanya,
persefahaman, kejujuran, kepercayaan, kesama-gilaan,dan yang seangkatan dengannya..
bukan ku anti-bonding atau tidak mahu berkawan, ku berkawan dengan semua, namun sedikit sahaja yang benar-benar tahu siapa aku, ku ulang siapa aku sebenarnya, bagaimana aku, kisah hidup ku, siapa disebalik elyanayazmin-yang-nampak-cool-dan-noproblemo+ nakal ni..
ku kira, kaum lelaki juga sama, hanya satu dalam seratus atau seribu yang benar-benar kau percaya sepenuh hati terhadap kaum sejenis mu.. lagipon dalam kepala korang wahai lelaki, if rapat sangat dengan laki nanti jadi gay..hahahahha.. control macho la korang.. ekekke..
susah nak cari kawan satu kaum yang orang kata memang boleh masuk betul-betul la..
setiap tempat aku pergi (sekolah, matrik,kolej), pasti ada satu group budak perempuan je aku betul-betul rapat.. susah nak cari..tapi bila dah jumpa..mmg jarang n setakat ni tak pernah lah yang orang kata tiba-tiba aku rapat ngan group girls lain.
oh pernah once jadi time muda-muda dulu.. ni kes ada perempuan lain buat sengal pantang aku rapat dengan dak group pompuan ni, dia pergi laga-lagakan.. tapi semua selesai bila akhirnya perbuatan jahat budak tu diketahui..
namun, bila bonding tu terjalin, tidak semudah itu untuk putuskan ikatan persahabatan itu..
dialah kawan baik mu yang kekal melewati batasan waktu dan tempat..
kawan ini yang akan kekal lama bersamamu.. =)
terima kasih kawan-kawan perempuanku, kau tahu siapa kamu dihatiku..cewahhh..hahha
ade sorang kawan aku tu sure nanges bila bace, dia selalu cakap aku tak ambil berat dekat dia.. heee.. tapi dia selalu sbr..sbb dia tahu siapa aku dan bagaimana caraku tunjukkan kasih sayang aku ngeh3x..mekasyehh..sayang sama lu.. jiwangs pulak.. bukan selalu aku nak camni.. payah ooo.. ahahha.. ego2 ;p~
yang tak rapat tu bukan bermakna korang bukan kawan yang baik.. korang baik je.. tapinye aku yakin.. korang pon ada bestfren korang sendiri betul tak..
and if aku cuba masuk la dalam lingkungan kau dan bestfren kau..takkan sama kan.. sbbnye.. mmg feeling dia lain la.. tak sama punya.. betul tak? betul tak? weii betul tak..jawab lahhh..!!
percayalahhh, kasihku lama tersulam..lalalalla~ (sila nyanyi lagu siti)
hahahaahha aku saiko sorang2 dah..ngeh3x~
KAWAN-KAWAN LELAKI-KU
Kawan-kawan lelaki pulak,
aku akui..memang ramai kawan aku lelaki yang aku rapat.. sampai ada salah paham la kan, sampai ada cakap
“kau takde kawan perempuan ke?”
wei bhai, kau ni harap je cakap kenal aku, pirahhh .. kau simpan dalam kocek kau la ape kau cakap soal kau kenal aku dengan mendalam.. kau salah! hehehehhe buwek ;p ulalalalla~
tapi takpa mungkin sebab dari pemerhatian mu yang tak seberapa sehingga kau salah tafsir.. lain-lain orang lain cara pentafsiran dalam otaknya.. takpalah..huhu..
aiman tak kesah.. tapi geram skit..eeee
Aku rapat sorang pada satu masa..(tak termasuk BF la if ade BF)
mungkin mudah nak rapat sebab ye lah opposite charge kan..
ATTRACTION FORCES la involve..
oit! ni bukan nak kate ade chemistry.. ni soal
Adu-mengadu, share prob dan segala bagai, study dan apa-apalah yang tiba2 boleyh jadi rapat cam mutual interest ke kan..
kan sudah bilang ini bukan kisah maggy cintan..ekekke
ini satu perhubungan yang suci=persahabatan..
kalau kita ikhlas berkawan pasti kekal kawan tu sampai bila-bila..
tapi rapat tu, sekejap je la..
dah senang attract senang la putus.. biasalah
COMPETITION REBUT CHARGE..
kita mudah tertarik pada CHARGE lebih besar..
siapa kata sains tak boleh apply?
boleh je..hahahha
ikut pengalaman aku, if aku kat satu institusi pengajian, kawan perempuan aku yang betul2 rapat sure kekal lama even untill now and jarang lah berubah2, tapi kawan lelaki yang rapat??? tak kekal rapat.. and asek berubah2 orang yang aku rapat..tapi member je lagi.. cuma tak rapat lah macam pernah rapat..
biasalah tu..
normal la,
if rapat lama-lama sangat lain ceritanya…
if bernasib baik temu jodoh,
if tak naseb baik..
kawan pon tak boleh dah..
ahha!
bila laki dan perempuan rapat.. itu yang jadi isu..
sbb ada makhluk ketiga..
disitu timbul confuse.. disitu timbul emosi tak sepatutnya., disitu hilang rasa hormat dan keikhlasan berkawan..
herm, kebanyakan if tak rapat dah sebab apa ye?
yang aku tau lah:
- pindah sekolah
- salah seorang atau kedua-dua jumpa pasangan
- dah tiada isu yang sama-sama minat
- kapel sebab ikut trend, last fikir best kawan lagi.
- rapat dengan orang lain pulak sampai sorang kecik hati and tarik diri.
- exam
- assignments
- selesai masalah yang di adukan
- timbul rasa lebih pada kawan
- ade kawan lain laga-lagakan
ni tak tipu ni sungguh..
ha.. nak cerita detail rahsia la..wahahahha.. nak tau msg aku kat FB..muahahhaha..
soal isu ade makhluk ketiga ni.. ha ni senang je nak kontrol.. yang penting semasa mula-mula rapat sila define hati masing-masing.. adakah pernah ada rasa suka atau admire? if ade..makanya risiko untuk timbul perasaan tak terkawal amat tinggi..
tapi if timbul pandai-pandai la handle..janganlah sampai tak boleh kawan lansung..
tak besh woo.. heheh~
tapi if dah define awal-awal, yang ikhlas berkawan dan tiada perasaan istimewa.. InsyaAllah tiada apa-apa.. ngeh3x..
basically la, mmg macam tu.. sebab no 1,2,3,6,7,8, ni sebab-sebab yang common dan bukan punca dari aku sorang la.
no 10 special case. sbb ni orang ketiga punya angakara.
no 4 ni sbb same2 mengong..n cam aku kate la..gile2 punye sekepala dah ni.. tapi sekepale part kawan..hahahha
no 5 dan 9.. ni aku yang mulakan..muahahha.. no 9 ni kesah mase aku mula2 tahu ape itu rasa suke bukan kawan.. if tak..aku ni dah same naik je dengan budak laki..wahahha.. dan no 9 ni lah.. sbbnye timbul nama rexienerra..
hahaha no 5 ni selalu je aku yang mulakan.. ngeh3x..mungkin sbb pengalaman dah ajar aku.. laki n perempuan tak boleh rapat lama-lama sgt..kelaut nanti..hahaha.. aku mintak maaf sgt2.. actually aku tak sdr pon… seriusly aku mmg tak sdr ape2.. tibe2 je aku dpt tau ade orang kecik hati ngn aku..bukan aku sengaja.. wuuuuu.. betul la kot ape yang dah due tiga orang komen sal aku..
“kau ni el, if orang taknak kawan ko or kecik hati dengan kau, ko bukan tau pon...kau hidup dalam dunia kau.. n kau cam tak kisah pon.. dah phm sgt dah kau ni”
“ kalau aku tak tego kau pun sure kau tak sedar pun kan and takkan amek kesah or rasa rugi”
macam mana nak kesah.. sbbnye aku tak sedar..ekeke..bile sedar tu..
tipu gile if aku tak sedih or tersentuh.. ngeng aku pompuan la..tau la nak emo2 gak..ape da..
tapinye setuju la.. aku tak amek pusing sgt pasal hal tu..sbbnye..biasala tu rapat kejap2 if bila libat opposite sex.. bukan masalah besar pon..hahha.. nanti korang rapat lah dengan orang lain.. hehehhe ;p
Lagipun kita masih berkawan jugak..bezanya..kita dah tak rapat..n tak mungkin la akan rapat balik cam mula2 rapat..hehhe
tapinye, if korang nak mintak tlg, nak ngadu..aku ade je boleh luangkan masa..korang je pikir aku dah tak layan..or maybe kecik hati punya pasal..korang pon dah tak ngadu..tapi ape pon..aku no hal beb..aku mana-mana pon boleh..nak ngadu boleh..taknk pon boleh..ki3x..if aku leyh tolong sure aku tolong punya.. senang je konsep aku, if korang ngadu aku tlg, if tak.. aku mmg tak tau.. so tu yang jadi timbul korang rase aku tak amek kesah.. nak tanya pon, selama ni tak pyh tanya pon korang sendiri datang cerita.. tak terlarat la nak tanya korang sorang everyday ok ke tak..ekekke.. ;p
peace (>.<)y..
“once a friend forever a friend, no matter how far or close you are, i will be there in silence to help when you need me ”
by rexienerra89
pendek cerita:
opposite sex gives a lot more attraction than same sex,
thats is why bonds between opposite sex much more easier to form with a higher rate..
but once attracted, the bond between the same sex will be hard to break compared to the one of opposite sex eventhough itsamount form are little..
hua hua hua hua.. but the most important thing is friendship is something precious. take a good care of it =)
betul ke tak betul ape aku cuba sampaikan ni??
ngahahahhah ;p
p/s: entry ini hanya berdasarkan pengalaman aku, korang tak tau la kan.. just something to share.. =)
4 comments:
arghh mencilah ..apesal photo album die show skit sgt gambar..arrr nak tambah balik tak reti.. damn~
11th, Attitude.
lol~~
XD
Thannk you for writing this
Post a Comment