cinta hatiku..lee dong wook ;p
Malam ini terasa dingin ku rasakan, angin malam mula meniup ke dalam kamar ku,
Malam ini jugak ku merasakan ada satu rasa seakan-akan rasa putus asa, tidak berdaya dan sedih mula menyelinap segenap ruang dalam hatiku..
aku tidak tahu mengapa…
mungkin kerana aku terlebih sensitif malam ini dan menyebabkan aku mula mengalami simptom-simptom emosi tidak stabil,
Ku tekan butang volume di telefon bimbitku ke kadar maksimum kononya untuk menenangkan pemikiran ku yang kian kusut..
Ada sesuatu bermain difikiranku, memikirkan kesilapan diriku di mana-mana yang mungkin ku tidak sedar ku melakukannya..
Entahlah di mana silapnya, mungkin caraku, mungkin juga cara mereka, mungkin juga kerana aku..
ya kerana aku.. pasti..
Mungkin kadangkala aku tidak sedar dengan nada percakapan ku,
mungkin ada yang merasakan diriku ingin menelan diri mereka hidup-hidup..
namun seingatku tidak pula aku meninggikan suara.. bebel itu adalah juga..
Aku seorang yang banyak cakap.. suka bebel.. suka melalot.. kadangkala sebab risau aku bebel dan mungkin intonasi aku berubah kepada nada yang entah apa-apa sehingga ada yang merasa aku marah..
Tapi jika benar mengenali diriku.. jika aku marah, aku lebih mendiamkan diri seribu bahasa, tiada lagi bebelan ku, tiada lagi tawa ku tiada lagi melalut ku..untuk seketika..
Tapi dengan orang aku tak kenal dan tidak meminta pertolongan aku tiada pula aku bebel macam murai dekat mereka.. mereka lebih memandang daku sebagai sombong dan sukar didekati serta tidak banyak bercakap..
Oh, mungkin cara aku mengekspresikan risau itu yang tidak kena, mungkin selepas ini aku tida perlu banyak berbicara atau mencoretkan sesuatu..
Mungkin aku hanya perlu ..diam.. ya aku perlu diam…
Biarlah aku hanya menjadi pemerhati lakonan di pentas dunia yang dipersembahkan..
Biarlah aku hanya menjadi disebalik tabir..
biarlah aku lepaskan segalanya.. dan pergi… jauh.. jauh dari kamu..
Tapi permainan dunia ini bukan semudah itu, kerna aku terikat dengan tanggungjawab yang satu..eh bukan satu tapi banyak!
selagi perkara itu belum selesai sepenuhnya, aku harus gagahi juga diri untuk terus menongkah arus dunia dan mengatasi segalanya…
Selepas selesai tanggungjawab ku itu, tidak akan ku bersuara lagi kepada kamu.. wahai teman…
hahahahha
ok aku gelimat sekarang!
p/s:
kalau cekgu BM aku time sekolah semak entri aku ni sure die gelak besar lepas tu piat telinga aku sebab ayat terabur macam haram serta penggunaan kata yang salah..
kahkahkah..aku dah mula ketawa macam crayon!
9 comments:
ko ni pehal.. mental
sape cekgu BM?
@ wawa
aku rindu lee dong wook..hahahha
@minn
maseh heran anda sapa.ki3x.
kate kwn lame..takkn tak kenal cekgu bm ?
ok la jwpn: bonda dengan umi.
ha3..lee dong wook sorang jer...aku rindu semua artis korea...ha3
@arifmorales
aku heran nape ade morales, tapi aku suke sebut..kahkahkah.
ko rindu la diorang..tapi kesian diorang tak rindu ko..
lee wong wook lain sbb die rindu aku ;p
cinta tak kesmpaian camnilah jadinya...hohoho aku rasa citer korea ni dah jadi mcm citer indon dah...lbh kurang je citer dorang...hehe
kejap2.. cinta tak kesampaian?
ha? bile mase aku bercintanye rio oi?
apasal muka dia mirip dgn aku. mesti dia dah tiru aku ni
muka sapa mirip ngan ko ni sasa?
ko perah santan ni..silap ni..ishk.. itu pakwe aku la..lalaalla ;p
Post a Comment