cuti semester yang hampir ke penghujungnya.

Sudah hampir sebulan, USM bercuti.. tetapi aku pula tidak sampai seminggu lagi bercuti di rumah ku syurga ku ini. Almaklumlah sepanjang tiga atau empat minggu lepas aku berada di USM untuk memulakan research aku. Kebanyakan waktu cuti aku di habiskan di makmal milik bersama prof yuen dan HOVID. Seronok berada disitu kerana banyak yang aku belajar juga.

Aku tiba di kuantan pada pagi sabtu lepas, 18 disember,dan saat itu cuti semester aku bermula sebenarnyanya. Cuti yang sedikit ini aku habiskan dengan macam biasalah buat kerja-kerja dekat rumah sikit, setelkan registration dan hal-hal berbangkit program yang bakal kami adakan di USM nanti iaitu National Pharmacy Sports Carnival (siap meeting online lagi), online dan keluar tengok movie (sekali je pun) =(, dan lagi satu aktiviti yang dah lama aku tak buat iaitu menggodek blog rexienerra kesayangan aku ni ;p

Sebelum cuti hari tu aku ada mention perkara-perkara aku nak buat sebelum tamatnya tahun 2010 untuk blog rexienerra , tak caya tengok sini.

ok mostly semua dah siap, EXCEPT cerita xx + xy aku tu…..

tak dapat la nak tamatkan sebelum tamat 2010, aku stuck sampai episode 17 je, dan itu adalah sekitar oktober.. haih.. bukan tak mau sambung, nak tulis cerita ni perlu keadaan tenang dan bukan rushing. so tidak mengapalah yang itu (sigh*).

so far facelift untuk blog aku ni dah macam aku puas hati la, ada banyak lagi aku nak buat, tapi takde masa, esok dah christmas dan aku satu family akan ke KL untuk family dinner for christmas.. mesti korang heran apesal christmas aku nak sebok dinner segala bagai..

keluarga aku ni satu malaysia (eh jap bukan jugak sebab ada bangsa eropah juga) hahahha..majmuk habis keluarga aku, semua perayaan nak sambut.. dan lepas ke KL aku akan ke penang pula on the 26th tu.. (penat (T___T), kenapa pergi penang? kerana 27 disember itu…

SEMESTER 2, SIDANG AKADEMIK 2010/2011 TELAH BERMULA …

jadual sangat padat semester ini, malah buka-buka sem je dah melambak kerja dan kelas menunggu.. oh ya memang aku bz, dan pasti ramai akan rindu karakter aku sewaktu aku tidak bz .. eh yeke ? perah santan lah kau elyanayazmin!

orang kate aku ni kalau dah bz, memang lain macam perangai, layan orang pun cam nak tak nak, korang tengok saje lah blog ak ni ha.. blog rexienerra aku ni dah terima perangai aku seadanya alhamdulillah (macam lah boyfren lak blog aku ni)…hahahahha.. diorang prefer kalau aku tidak bz.. aku pun same..aku pun suke kalau tak bz sebab boleh keluar jalan-jalan mengorat sana sini hahahahha…

ok sudah! stop it!

so esok dah christmas, lepas tu dah nak mula sem baru.. well chayok elyanayazmin dalam menghadapi cabaran sebagai seorang mahasiswi di malaysia.

wish!

xmas

To all who celebrates christmas and to all my family member.

aunty joice and uncle gerrycousin'sdanutchanhusbandella n jakefamily_1jamesnscottsebastiannfamilyunclepatn aunty beryl

p/s:

this is a scheduled post.

0 comments: