rewind: persiapan sebelum pergi Europe.

Asyik- asyik cakap English je kan..hari ni aku malas nak type English.. Nak cakap Bahasa Melayu pulak.

DSC01253

gambar: aku ambik masa tgh fly.

Sementara aku tengah tunggu parti keluarga angkat aku ni mula, aku pun terfikir la nak buat entri ni. Sebenarnya sebelum pergi hari tu aku nak tulis entri ni. Tapi apa kan daya kemalasan menguasai diri.

Sejujurnya aku tak prepare sangat nak ke Europe ni. Sebabnya aku sibuk dekat lab. Lepas habis exam, aku balik Kuantan sekejap. Jengah rumah tercinta , tak sampai seminggu aku dah di Penang semula. Aku sibuk dengan research untuk final year plus busy dengan Green Lung.

So balik tak balik ke Kuantan sebelum pergi tu, ada la 3 hari sebelum bertolak. Aku sempat rembat sepasang kasut, tukar duit Euro dan packing. Kasut sangat penting sebabnye aku nak berjalan jauh (ingat aku ada kereta ngan motor ke kat Europe?), cuaca yang sejuk(mahu beku kaki kalau tak pakai kasut).

21062011436

21062011437

Pejam celik dah kena berangkat. Sebenarnye, makin dekat nak ke Europe semakin malas aku nak bergerak ke mana-mana. Awal-awal masa dapat tahu terpilih pergi je aku rasa excited. Lepas pada tu aku buat tak tau je.

Tapi dah sampai sini, not bad la. Haha. Just oh amat sejuk dan aku tak suka. If sejuk tanpa hujan takpa (aku suka) tapi ni sejuk+hujan tu yang tak suka tu. Aku lagi suka hujan dekat Malaysia, nak mandi hujan pun aku suka. Tapi dekat sini maaflah, jangan harap aku nak mandi hujan. Sejuk tahap ghaban aku cakap.Ni aku pakai 4 lapis baju pun masih sejuk. (tengah hujan ni)

Ok la..aku pun dah naik malas taip, sebab rasa tangan aku cam beku. Sejuk cam ais. Hari ni cuaca sangat sejuk dan aku agak tak tahan hari ni and parti tu dekat luar. Tadi aku lepak-lepak jap, aku duk dekat area unggun api (parti cam ala BBQ). Mula ok, lepas tu pergh datang hujan terus..aaa tak tahan..tapi aku nak duduk dekat luar. hahaha tapi makin ramai orang kat situ dan aku malas nak duk tayang muka. (sebab aku tak pandai cakap sebenarnya)

Ada orang yang nak borak tapi soalnye aku ni tak pandai ckp German dan orang tu pun tak pandai cakap English. So hadap la jadi observer professional. Haha.Better than nothing kan?

ok bye2..

Tak larat dah.

p/s: aku sayang gila kasut ni!  sbb tu gambar byk hahaha..kompem bertahun kasut ni dengan aku ;p

2 comments:

AcanCapik said...

mula2 rasa tak best je kat tempat orang. nnt nak balik rasa sayu pulak. hehe

Wafiq Legacy said...

nike seyh~ 3tahun bole tahan.. tapi aku pon ske kasut tuh.. comey