Assalamualaikum & Hi,
Tak puas LIVE sebab banyak gangguan, so i nak luahkan dalam penulisan 😆
Kalau nak tengok LIVE nanti hujung El attach link dia, for now let me write my thoughts here.
Ramai orang tanya El and its not a new question and dah banyak kali El berhadapan untuk reply balik soalan ni.
As for me i love to share again and again sebab memang majority tak berapa nak faham and confuse about this so tak pelik pun, because i was in their place once upon a time ago.
Kebanyakan bila tanya shaklee ni bahaya ke tak, El dapati diorang sendiri tak tahu dan tak kenal Shaklee tu sebenarnya apa. So apa sebenarnya Shaklee?
✔️ APA ITU SHAKLEE?
Shaklee ni sebenarnya satu company and a brand based dekat Pleasanton, California (USA) since 1956 lagi. Shaklee ni manufacture and distribute natural nutrients supplements (makanan tambahan), produk kecantikan, household products dan produk untuk pengurusan berat badan.
So basically SHAKLEE is a brand sepertimana brand brand diluar dan yang available dekat drugstore dan farmasi.
✔️ KALAU TAK BAHAYA KENAPA TAK JUAL DEKAT FARMASI?
Shaklee Malaysia diregister sebagai syarikat jualan lansung jadinya dia tak masuk ke kedai kedai fizikal termasuk farmasi dan drugstore lain.
TETAPI, di Singapura Shaklee di pasarkan di drugstore dan juga farmasi dan mereka ada lebih banyak variety untuk product shaklee. Malah rakyat singapura membeli dari SID Malaysia kerana di Malaysia lebih murah.
✔️ JADI BAHAYA KE TIDAK SHAKLEE NI?
Shaklee ni adalah satu jenama atau brand, dan bila sebut bahaya atau tidak orang lebih kaitkan dengan supplements / makanan tambahan yang dihasilkan.
Shaklee corporation bersama sama jenama atau brand supplements atau makanan tambahan lain tidak terkecuali untuk mematuhi akta dibawah KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM).
Dimana setiap makanan tambahan/supplements kategori berkaitan haruslah melalui product registration di Malaysia meskipun sudah di daftar dan pasarkan di negara asal (USA). Bila semuanya ok setiap supplements/makanan tambahan mempunyai nombor pendaftaran KKM yang bermula dengan MAL dan berakhir dengan;
N - Nutrients Supplements
T / TC - Traditional Products
A - Ubat Terkawal
X - Ubat bukan racun (OTC)
So Shaklee cuma involve dengan Nutrients Supplements;
Contoh:
MAL 13085068 NC
(Shaklee Sustained Release Vitamin C Plus)
As for cosmetics atau beauty products shaklee dia tak register KKM and takde analisis apa apa tapi sekadar notifikasi and akan terima nombor NOT xxxx.
Jadi sebenarnya bukan soal shaklee selamat atau tidak , soalan sebetulnya adakah supplements selamat atau tidak.
Nak check product kesihatan/kosmetik korang punya status KKM search dekat link ni;
https://npra.gov.my/index.php/en/consumers/information/products-search.html
✔️ SO SELAMAT TAK?
Boleh jadi selamat dan tidak selamat berdasarkan individual case.
Tak boleh nak pukul samarata semuanya sebab bila berkait Supplements/Nutrients Supplements memang secara amnya selamat unless ada keadaan tertentu.
Contoh 1:
Pesakit Kanser Payudara - prone untuk Hypercalcemia (tinggi kalsium dalam darah).
Pesakit ini semestinya jika ambil supplements untuk bekalkan Kalsium akan jadi mudarat dan tingkatkan risiko pada jantung, buang pinggang etc etc.
Jadi untuk pesakit ini Supplements kalsium adalah bahaya untuk mereka.
Contoh 2:
Wanita hamil yang tidak minum susu, tak makan sayur, tak makan ikan atau menyusu badan di waktu muda perlu supplements bekalkan kalsium untuk elakkan OSTEOPOROSIS ( tulang rapuh) pada hari tua atau rapuh tulang diusia muda.
Sebab kurang kalsium dalam badan mungkin tidak lifethreatening sekarang tetapi tingkatkan risiko tulang rapuh diusia muda apatah lagi lepas menopause dimana jika tidak jaga masa muda sangat mudah tulang retak dan patah.
So dalam kes ni Supplements kalsium tidak bahaya malah sangat digalakkan especially kalau diet pemakanan sah sah kurang kalsium.
So dalam shaklee punya brand banyak supplements ada kalsium cuma beza kuantiti tetapi paling fokus kalsium adalah OSTEMATRIX.
So nampak kan? Sebab tu tak boleh pukul rata kerana keperluan setiap orang tak sama. Tak boleh kata bahaya atau tidak, tak boleh kata setiap orang perlu atau tidak.
✔️ SO KALAU REGISTER KKM SAH SAH SELAMAT LAH?
Kalau segi perlu tak perlu, bahaya atau tak ikut individu lebih kepada jenis jenis supplements mengikut keperluan individu.
Tapi kalau nak cerita secara general selamat ke tak kita nasihatkan tengok register KKM tapi ....
Haaa ada tapi dia, nombor KKM ni kira sah la dia selamat pada asalnya melainkan selepas POST MARKETINF SURVEILLANCE ada masalah dan perlu panggil balik produk/product recall.
Maksudnya, KKM walaupun dah keluarkan nombor MAL tadi tu setelah analisis batch sample company bagi dan luluskan, mereka masih buat pemantauan yang kita panggil POST MARKETING SURVEILLANCE tadi tu.
If ada masalah, KKM akan arahkan untuk keluarkan semua produk dari setiap pasaran. Masalah timbul tu boleh jadi sebab pelbagai isu tapi salah satunya orang selalu hebahkan bila mana ada pencemaran racun berbahaya dalam produk tertentu.
Tapi again, kena faham jugak, selamat atau tak sesuatu supplements untuk individu bukan based on nombor KKM tu sahaja tapi banyak faktor contoh macam point sebelum ni mengenai pesakit kanser payudara.
Walau dia makan supplements kalsium ada KKM sekalipun tetap berbahaya untuk dia.
Faham?
Jadi erti kata lain, ni Shaklee tu ok je la unless bila ada salah guna pada keadaan tak sepatutnya 🤗
Pembeli/pengguna kena bijak.
Penjual/distributor kena telus dan jangan overclaim.
Mostly salah faham dia ingat supplements tu ubat, tu yang makin panjang berjela salah faham.
Itu je ✌🏻
Haaa kalau nak baca pasal beza ubat & supplements, tu korang boleh baca kat sini k.
https://www.elyanayazmin.com/2017/01/keperluan-nutrisi-supplements-vs-ubat.html
As for LIVE, El explain pasal mende ni korang refer sini:
https://www.facebook.com/elyana.yazmin/videos/10220667948512467?s=1348358974&sfns=mo
Sekian, terima kasih.
InsyaAllah next LIVE el nak explain pasal supplements during pregnancy pulak. Ni pun ramai confuse mana yang penting and tak penting 🤰🏻
Elyana Yazmin
Shaklee Product Consumer since 2015.
Shaklee Business Leader since 2016.
A pharmacist by profession.
#LopaShares.
#ElEducates
3 comments:
tenkiu sis for sharing, saya pun terfikir kalau shaklee ni betul2 selamat kenapa tak ada jual kat farmasi or drugstore. betul sis cakap, supplement must be consume according to individual's need.
Gratefful for sharing this
I enjoyed reading youur post
Post a Comment