APA ITU ECTOPIC PREGNANCY ATAU KANDUNGAN LUAR RAHIM ?




Ectopic Pregnancy @ kandungan luar rahim adalah satu kondisi yang mana embrio menempel di luar kawasan dalam rahim.

Please korang, keadaan ni berbahaya untuk ibu dan tak normal. Kalau tak dirawat dan detect awal, boleh menyebabkan kematian.

Fakta penting yang kita semua perlu tahu, kandungan luar rahim ni bayi memang tak boleh membesar.

Memang ectopic atau luar rahim ni adalah kes emergency. So kita memang tak boleh lengah lengah kalau memang confirm.

Punca jadi ectopic ni actually tak jelas pon kenapa, tapi ada la few factors yang boleh tingkatkan risiko untuk ada masalah ni;

- kalau pernah ada kes luar rahim sebelum ni.
- ada jangkitan kuman dekat kawasan peranakan tu.
- merokok.
- pernah buat pembedahan area perut.
- masalah endemetriosis , fibroid.

Antara tanda-tanda yang mungkin kita ada alami kandungan luar rahim;



• Sakit baharian perut, bahu dan leher.
• Ada bleeding atau ‘period’
• pening atau pengsan
• dada rasa berdebar debar

Kalau masa ni kita tahunkita pregnant WAJIB terus pergi hospital.

In my case i lansung tak tahu i pregnant sebab ye la period 3x bulan jun tu memang konfiden la tak pregnant 😅

So usually bila jadi kes macam ni atau ada tanda, doktor akan mula siasat atau investigate untuk sahkan samaada memang kes luar rahim atau tidak:

✅ ULTRASOUND
Ultrasound ni penting untuk tentutkan samaada kehamilan tu dalam atau luar rahim. Paling tepat adalah ultrasound buat terus ikut vagina (transvaginal ultrasound) berbanding perut. 

**Notes: 
Transvaginal Ultrasound boleh locate lokasi kalau hcg level kita 1500 above.

✅ Beta HCG - Hormone Chorionic Gonadotropin 
Bila kandungan kita tak dapat lihat even melalui transvaginal, sampel darah untuk beta hcg doktor akan tengok. Bab ni doktor lah lebih arif nak tafsir bacaan sebab naik atau turun risiko tetap ada. Roughly boleh tengok gambar kedua tapi bergantung pakar & hospital jugak nak baca.





——-//

Basically kalau kita vital signs pun tak ok, sakit yang memang tak boleh tahan sangat and ada clear signs of ectopic boleh tengok. Rawatan dia memang terus bagi ubat tahan sakit + pembedahan.

Since ia merisikokan nyawa, dan baby pun tak boleh membesar jika sah ectopic atau luar rahim ni, basically rawatan dia adalah;

✅ PEMBEDAHAN
Kalau memang kondisi kita bahaya, doktor memang akan terus operate untuk keluarkan embrio dan betulkan balik organ peranakan kita yang terlibat & terkesan.

Pembedahan pulak boleh melalui;
• Laparoscopy - tebuk 3 lubang and masuk kamera kalau tak teruk komplikasi diorang boleh sedut je embrio dan remove.

Andai teruk diorang akan terus proceed open surgery (laparatomy if not mistaken) tu samaada menegak orang melintang tengok la keadaan memasing.

Macam my kes since pernah czer diorang mungkin belah ikut situ jugak/buat melintang depending if proceed surgery.

Sebab ada ketika sampai perlu buang sebahagian organ peranakan yang rosak. Sebab tu ada yang ectopic sampai kena buang ovari/tiub dan sebagainya.

**Notes:
Jika buang salah salah satu, chances kita nak hamil tu masih sama. So jangan gusar. Make sure talk to your doktor lah kot kan.

✅ METHOTREXATE
Ni not sure kalau dekat malaysia, tapi dekat kajian overseas memang ada. And i pun takde pulak doktor mention apa apa pasal ni. So this is just from my reading, CPG untuk malaysia tu i tak pi baca lagi.

Basically if stable and no pain and confirm ectopic location, ada doktor boleh prescribe ubat ni.

Basically dia berfungsi untuk berhentikan sel badan yang rapidly growing (embrio) & dia akan menyebabkan samaada keguguran, atau badan kita akan absorb balik ectopic tu atau keluar ikut darah period.

So in other words, kena confirm dulu memang kandungan luar rahim baru proceed tapi most of the time dia jadi PREGNANCY WITH UNKNOW. LOCATION (PUL) kalau terlalu awal lagi dalam pregnancy.

Haaa itu lain pulak management dia kalau tak tau lokasi, ni El share kemudian ok.

Hope sedikit sebanyak boleh la korang dapat dapat info.

Love,
Elyana Yazmin

1 comments:

quinbeebaccari said...

Iron-Titanium-Arctic Iron-Titanium-Arctic-Iron-Titanium
WELCOME TO THE EXCALENCE of Iron-Titanium To titanium flashlight the Ancient Age, Iron-Titanium was used for making titanium rod in leg the ford escape titanium world titanium bar stock a melting pot of titanium mens ring its own.