THE PAIN , UNCERTAINTIES & EMOTION ROLLER COASTER RIDE 👣





Im not sure if im clear dah from this episode but i really hope i can put this part in the past and come with total peace with it.

Tq, terima kasih untuk semua yang mengirim doa, kata semangat, call tanya kabar sepanjang tempoh ni. Ikutkan nak diam diam je tapi itulah makin ramai pulak tahu sewaktu tempoh warded tu agaknya menyampai nyampai. Moga Allah berikan kebaikan buat semua.

Syukur alhamdulillah i would say i am recovering slowly, since mid june till now rasa macam non stop sebenarnya. Those days yang sentiasa dalam rasa sakit, sampaikan nak berdiri tegak tak boleh rasa macam lepas czer. Sakit yang amat sangat yang kemudianya baru sedar i am pregnant 5 weeks plus tanpa sedar dengan alarming simptom seakan ectopic pregnancy (kandungan luar rahim) yang ku sangka angin.

Semuanya i tak tau lah bermula bila, tapi everything rasa tak kena dengan badan since kes durian mid june lepas;

✅ Week : 13062021 - 17062021
Minggu yang mencabar sebenarnya, petang 13hb tu teringin makan durian. Maghrib tu makan durian 7 ulas, tak lama lepas tu terus berpusing kepala dan perut rasa penuh angin. Malam yang sama pitam 2 kali jatuh terletang.

Banyak cerita trauma malam tu, tapi esoknya dan lusa terus tak boleh bangun. Rasa penuh perut dengan angin, hujung bahu rasa kena paku. Bila cuba bangun jadi sesak nafas, rasa tepi dua dua bahu macam kena tarik. Serious sakit sangat sangat sebelum regain balik energy and berjaya lawan sakit and angin dah lepas baru mula beransur ok.

Weekend tu hari jumaat/sabtu tempat czer mula makin sakit. Rasa pelik sebab dah nak seminggu masih tak ok. Period pun pelik datang awal,padahal tak sampai 2 minggu lagi dah datang balik. 

Pergi klinik, doktor just cakap angin. I request mintak scan area czer yang macam makin sakit and tanya tentang kepala sebab malam tu dua kali jatuh kepala hentak lantai, taknak scan katanya tak perlu, angin. Bila tanya period pelik, dia kata hormon.

So just dapat omeprazole. Aku tak puas hati sebab memang sakit, and i know my body. 

Ada cerita kat sini;

https://www.facebook.com/1348358974/posts/10227142678816678/?d=n

✅ Week : 18062022 - 27062021
Minggu ni rasa badan tegap sikit, tapi pain still ada. I dont take any pain killers sebab nak bagi perut rest. Mula jaga timing makan + apa yang dimakan sebab trauma kena angin & gastrik lagi sampai pitam. Tapi memang tak boleh lasak, akan rasa sakittt sangat kat tempat czer. Weird and i mula text the a doctor yang i rasa trust sikit tanya if boleh tolong scan my czer area. 

✅ Day 28062021 - Excruciating Pain macam kena induce 😭

The whole dah i was busy doing photoshoot for Wellness By Elyana Yazmin punya produk, so i texted the doctor. Supposedly nak jumpa doktor yang i arrange tu, but klinik dia tutup. So plan to go the following day 29th tapi magrib tu tengah baring dekat sofa edit poster tiba tiba perut rasa semacam.

Seriously rasa nak terkoyak tempat czer tu, dia punya sakit rasa keluar peluh sejuk and rasa nak pengsan. I terus ke bilik air duduk dan mencengkam kaki sebab sakit yang amat sangat. Rasa macam kena induce dengan pitocin macam masa nak bersalin. It was soooooo painful, sampaikan rasa nak pitam dia punga sakit tu ya Allah tak boleh explain memang over 10 pain score. 

Slowly i pergi dekat shower and turn of the shower and i sat in the shower sampai the pain subsided sikit so atleast i boleh bangun. Lama dalam tu, husband dekat bawah tidokan anak. Suara tak terkeluar nak panggil dia. Bila sakit dah kurang skit, gagahkan diri keluar and then baring tahan sakit.

Husband naik atas to check on me, before dia papah i bawak turun ke bawah and baring. I slept in pain, esoknya… tak boleh bangun.

✅ 29062021 - 30062021
These two days i can just lie down,  baring je and gagahkan diri uruskan anak anak since husband tak dapat nak cuti. Dia pergi jugak kerja berat hati, i told him i akan panggil kak nad tapi i pun lupa ada hari yang kak nad dah mintak cuti kot ke ada staff lain cuti. End up i with the kids at home alone. Naim la yang tolong ambil makanan from food panda sebab mama tak larat bangun. 🥲

Dia kaut sendiri bubur yang papa dia dah masak sediakan sebelum pergi kerja. I have no idea kenapa teruk sangat kali ni kalau kena angin.

I masih gagah setelkan both closing farmasi & shaklee, tapi sakit masih kuat. Masa ni pelik, period. Baru stop tapi datang balik? Pening kepala. Tapi ku tahan jebat.

✅ 01072021 - Morning
Pagi bangun dah mula rasa gagah sikit, berani sikit nak drive. Pagi tu hantar anak ke farmasi, tapau diorang makan then i tinggalkan sekejap dengna kak nad so that i could go to klinik seperti yang disetkan before.

Doktor dah kenal, so dia terus scan je area czer ad i requested but the scar is ok even dekat dalam. Dah tu apa yang sakit? Dah la nak buang air kecik pun sakit.  Dari bahu ke bawah rasa sakit macam angin. 

Doktor suruh pergi test urine & terkejutnya kitorang bila UPT positive and sangat terang warna. I was like;

“Eh tapi saya period doktor?”

Serius pelik. Doktor dah muka berubah and looks worried;

“Tapi El, tadi scan saya tak nampak apa apa kecuali dekat kanan tu nampak pelik sikit (ovari), cuba awak baring balik kita repeat scan”

“Ehh saya tak nampak ni El, awak pula simptom semua ke ectopic ni. Saya risau awak dah banyak hari sakit. Ada demam these few days?”

Memang takde except i feel pain. Sooo much pain.

Dia terus refer ED, hospital segamat or if nak pergi swasta kena terus pergi and jangan tangguh.

I masa ni dah blank.

“Aku pregnant?”

Mixed feelings. Happy ada tapi why am i in soooo much pain 😭

Slow slow drive pergi farmasi inform staff tolong tengok anak jap, sebab lupa baju dalam mesin basuh.

Yaaaaaa i masih fikir kerja rumah 😂
Tak ingat nak pi hospital ye, dalam sakit tu sidai baju sampai husband call and doktor call urger pergi hospital baru i macam get ready.

Me & husband decide pergi hospital segamat je. Since dia tak boleh nak balik awal sebab dia kerja sorang. Dia cuma tak allow i keluar rumah and ambil anak from farmasi. (Little that i know, yang itu la last dapat tengok diorang sekejap elok elok fokus sebelum i admit ward 😭)

✅ 01072021 - Petang 4.30pm onwards
Husband balik rumah with my kids and fetch me and kami terus ke hospital segamat. Was in pain so tak main sangat dengan anak, tahu tahu i masuk je ED, terus masuk ward and tak jumpa anak dah 😭 

Sakit sangat perut tapi air mata gugur bukan sebab sakit tapi sebab memikirkan naim and adik. Allahuuu… imbas balik pun sedih, apatah lagi masa tu berlaku..

Sah admitted lepas scan, check vital signs semua and terus blur sebab husband pun tak boleh naik sebab dengan anak anak.

Sampai pukul 8pm barulah jumpa doktor untuk scan ikut bawah, masa ni doktor dah bebel kenapa dah sakit lama baru datang hospital. I was like hello i dah pergi dua GP ok and i told them my concern and pain tapi GP kedua je ada decency to really check about my complaint. I pharmacist bukan doktor 😂

Scan scan tak jumpa location, pain score masa ni 7-8.

Then diorang mula prep i nak masuk ward sebab tunggu pakar keluar OT to confirm diagnosis. Masa ni dia suruh puasa sebab if confirm akan terus masuk OT and operate malam tu jugak…….

Zikirrrrr je tanpa henti waktu ni, i takut nak OT sebab macam tiba tiba je. Anak anak dengan suami kat bawah Allahuakbar. 

Suami pun tak boleh naik..,
Masa ni tak tau nak doa apa…
So keep ok zikir zikir zikirrrrrr je….

Slowly pain mula berkurang..,,
Bila pakar dah available, i sakit pun dah kurang and dia repeat scan lansung memang tak jumpa kantung kat mana,  baik dalam or luar rahim cuma ada weird sikit from the scan tapi highly unlikely ectopic which is itu different story.

Dia kata postponed OT, and tanya if i can bare the pain. If really sakit memang dia tolak terus masuk OT. Masa ni pain skor i macam dah boleh adapt, sakit tapi macam boleh tahan. Masih bongkok jalan and memang sakit pain skore is reducing. 

So he said, takpa start puasa at 2am. Order beta hcg, if pain makin teruk + banyak darah keluar before result hcg sampai akan terus masuk OT.

Malam 1/7/2021 bokeh tarik nafas lega sebab tak emergency masuk OT, tapi ianya masih belum berakhir……,

Huhu

To be continued ….

0 comments: