Assalamualaikum & Hi semua, apa kabar?
Hopefully semua dalam keadaan baik Sahara, Insyaallah.
Hari ni El nak berkongsi sikit mengenai Elderberi, iaitu sejenis buah-buahan yang kaya dengan antioksidan dan bagaimana ia membantu kita dalam meningkatkan imunisasi badan kita. Almaklumlah musim pandemik dan endemik ni semua mula sedar akan kepentingan untuk tingkatkan imunisasi badan kita. Macam-macam kita boleh ikthiarkan dan yang paling famous semestinya seperti Vitamin C, Habbatussauda, Tiger Milk dan macam macam lagi. Tak ketinggalan juga ekstrak eldeberi atau elderberi itu sendiri.
Untuk makluman anda semua, manfaat elderberi ni dah pun di ketahui secara meluas di negara eropah dan banyak diamalkan mereka untuk kesihatan menyeluruh. Walaupun tiada satu bahan yang boleh merawat semua atau kata mat salleh; ’there is no one-size-fits-all remedy for illness’, tetapi buah eldeberi di percayai antara sumber semulajadi yang amat baik sebagai penawar apa jua masalah kesihatan.
Betul ke?
Menurut WebMD; Eldeberi adalah antara bah-buahan yang sangat baik untuk ‘healing’ atau rawat secara semulajadi.
Terdapat banyak manfaat kesihatan buah elderberi kerana sifat antioksidannya seperti;
Meningkatkan daya imunisasi badań (Immune Booster)
Mengurangkan Keradangan
Mengurangkan stress
Bagus untuk kesihatan jantung
Hal ini kerana, buah elderberi bukan sahaja mempunyai kandungan polifenol, ia juga mengandungi flavanol, Vitamin A, B dan C.
Terdapat banyak kajian telah membuktikan bahawa Elderberi adalah buah-buahan yang sangat bagus untuk memberikan peningkatan terhadap sistem imunisasi badan kita. Malah ada sesetengah pakar jugak mengesyorkan eldeberi untuk ‘prevent’ dan mempercepatkan proses melegakan simptom demam dan selesema.
Antara fungsi dan kebaikan pengambilan Elderberi untuk kesihatan imun ini adalah;
Badan akan jadi lebih kuat melawan infeksi
Kurang terdedah kepada jangkitan atau penyakit
Simptom yang ringan apabila sakit
Pemulihan berlaku dengan cepat
Jom kita tengok 4 cara bagaimana Elderberi ini bantu dalam meningkatkan imunisasi badan kita;
#1- MENGHALANG
Kandungan polifenol dan zat lain dalam buah elderberi mampu untuk menghalan keupayaan virus untuk melekat dan memasuki sel yang sihat. Oleh itu kita tak mudah jatuh sakit dan andai kita jatuh sakit tempoh untuk sembuh juga akan lebih cepat.
#2- MENINGKATKAN
Kandungan polifenol dan zat lain dalam buah elderberi mampu untuk meningkatkan pengeluaran sitokin yang memainkan peranan penting dalam tidak balas imun terhadap virus. Lebih banyak sitokin terhasil, lebih kuat sistem imunisasi kita melawan pencerobohan virus. Oleh itu ia membantu proses penyembuhan kita.
#3- MELINDUNGI
Elderberi secara amnya mampu untuk melindungi sel-sel imun dari kerosakan radikal bebas dengan sifat antioksidannya. Bakteria atau virus yang masuk ke dalam sel badan kita akan ‘induce’ atau mengaktifkan sistem pertahanan atau imunisasi badan kita untuk melawan bakteri dan virus tersebut. Semasa proses ini terjadi, terdapat peningkatan radikal bebas yang boleh merosakkan sel-sel pertahanan badan atau imunisasi kita. Oleh sebab itu, pengambilan antioksidan semasa berlaku jangkitan atau keradangan membolehkan badan kita sembuh dengan lebih baik kerana sel-sel imunisasi badan kita di lindungi oley antioksidan dari serangan radikal bebas.
#4- MERANSANG
Pengambilan Elderberi membekalkan nutrisi penting yang mampu untuk meransang tindak balas imun terhadap jangkitan yang telah berlaku. Ia merancang penghasilan sel -sel yagn terlibat dalam tindak balas imunisasi. Hal ini membolehkan bila kita dijangkiti kita akan sembuh lebih cepat berbanding tanpa pengambilan apa apa jenis antioksidan.
.
.
Jadi itulah secara ringkas bagaimana Elderberi membantu dalam meningkatkan imunisasi badan kita. Sebab itu orang selalu cakap kita perlu amalkan pemakanan yang seimbang dari segi sayuran, buahan, dan juga makronutrien lain seperti karbohidrat, lemak dan protein. Malah sangat digalakkan untuk mengambil sayuran dan buahan dari pelbagai warna, kerana buahan yang ada warna ini selalunya kandungan polifenol dia tinggi contohnya; Elderberi, Purple Carrot dan sebagainya.
Nak tak kalau El kongsikan bagaimana kita boleh dapatkan manfaat Eldeberi ni?
Selain pengambilan terus buah eldeberi, kita juga boleh dapatkan supplements atau makanan tambahan yang mengandungi Ekstrak Elderberi ni tadi.
Macam El dan keluarga sendiri dapatkan manfaat Elderberi ni secara mudah antaranya melalui pengambilan;
VIVIX-dewasa
Lifeshakes Elderberi -dewasa
Hero Kiddo - untuk kanak-kanak dan dewasa
0 comments:
Post a Comment