Fenomena Matcha dalam kalangan peminat matcha atau ‘matcha lover’ ni memang wow, dari minuman matcha, aiskrim matcha, manisan berasaskan matcha semua mereka minat.
Tapi sebelum tu adakah anda tahu samaada Matcha dan Green Tea atau Teh Hijau ni sama atau tidak? Haaa kalau nak tahu jawapannya, nanti boleh baca Perbezaan Matcha dengan Green Tea atau Teh Hijau.
Matcha ni mempunyai manfaat yang sangat banyak untuk kesihatan. Kalau nak tahu tentang manfaat Matcha secara mendalam baca disini.
Alhamdulillah beberapa jari lepas, Shaklee ada buat Pre-Launch untuk produk terbaru mereka iaitu Life Shake Matcha Shaklee. Kalau sebelum ni kita ada Life Shake perisa Elderberry, kini kita ada pilihan perisa baharu iaitu; Matcha!
Jadi hari ni El nak kongsikan 4 resipi Life Shake Matcha yang anda boleh cuba sendiri di rumah. El akan mula dengan yang paling ringkas dahulu yang semestinya menjadi pilihan ramai kerana ianya mudah serta ringkas. Sesuai untuk mereka yang mempunyai gaya hidup yang sibuk.
Resipi #1 : LIFE SHAKE FEAT ESP!
Sebenarnya Life Shake Matcha mahupun Eldeberry boleh di bancuh begitu sahaja bersama air masak ataupun freshmilk. Tapi jika nak ada rasa lemak berkrim tetapi menyihatkan ada cara bancuhan istimewa yang ringkas kita boleh buat 😎
Jom kita tengok;
Bahan-bahannya:
- 1 Scoop Matcha Life Shake Shaklee
- 1 Scoop/Sachet ESP Shaklee
- 150ml air@freshmilk
Cara Penyediaan:
- Campurkan 1 scoop Life Shake Matcha dan 1 scoop ESP dengan 150ml air/fresmilk ke dalam shaker.
- Ianya boleh diminum terus atau dihidangkan bersama kiub ais untuk rasa yang lebih menyegarkan.
Resipi #2 : AIS PANDAN MATCHA LATTE!
Kalau sesekali free nak relax, El cadangkan untuk cuba resipi Ais Pandan Matcha Latte ni, baru rasa fefeeling ber'me-time' sambil relax dan rehat selepas kerja seharian. Jom kita tengok macam mana nak buat Matcha Latte special dengan Pandan ni;
Bahan-bahannya:
- 2 Scoop Matcha Life Shake Shaklee
- 1 cawan susu rendah lemak.
- 200ml air
- 2 sudu maka ekstrak pandan.
- Kiub Ais
Cara Penyediaan:
- Sediakan pra-campuran 2 scoops Life Shake Matcha bersama 200mL air. Kocakkan sehingga sebati dan ketepikan.
- Masukkan ekstrak pandan, susu rendah lemak (low fat milk) serta ais kiub kedalam gelas.
- Kemudian masukkan pracampuran Life Shake Matcha yang disediakan tadi ke dalam gelas.
- Seterusnya taburkan serbuk matcha atau serbuk koko mengikut kreativiti sebagai hiasan.
- Akhir sekali kacau rata dan sedia untuk dinikmati!
Resipi #3 : FLAN MATCHA!
Bila tetamu hadir dan nak sajikan sesuatu yang istimewa dan ada kelainan, boleh cuba resipi flan matcha dibawah. Ianya sajian pencuci mulut yang sedap dan yang penting menyihatkan untuk tetamu kita;
Bahan-bahannya:
- 2 Scoop Matcha Life Shake Shaklee
- 1 1/2 cawan susu rendah lemak.
- 1 sudu teh ekstrak vanilla.
- 1/4 cawan cip coklat putih.
- 2 sudu makan tepung jagung.
- 1 sudu teh agar-agar.
- 1/2 cawan santan atau 'cooking cream'
- 1 scoop aiskrim vanilla
- Serbuk coklat sebagai hiasan.
Cara Penyediaan:
- Campurkan semua bahan di dalam kuali, dan kacau sehingga sebati dan adunan menjadi sedikit pekat.
- Tuang adunan ke dalam bekas dan sejukkan di dalam peti sejuk selama 4 jam.
- Hasilkan dengan taburan serbuk coklat dan hidangkan bersama satu scoop ais krim vanilla.
Kalau rasa bosan nak minum-minum, El ada resipi yang menarik untuk santai-santai bersama keluarga iaitu seperti dibawah;
Resipi #4 : AISKRIM TEMBIKAI MATCHA
Inilah resipi aiskrim yang bukan sahaja enak tetapi sangat menyihatkan!
Bahan-bahannya:
- 2 Scoop Matcha Life Shake Shaklee
- 200mL susu rendah lemak.
- 3 hiris tembikai.
Cara Penyediaan:
- Kisar tembikai dan tuang ke dalam acuan ais krim hingga separuh penuh dan bekukan.
- Campurkan Life Shake Matcha dengan susu rendah lemak dan tuang ke dalam acuan ais krim tadi sehingga penuh.
- Bekukan lagi dan sedia untuk dinikmati terutamanya semasa cuaca panas!
Macam mana setakat ni, menarik tak?
Menarikkan!
Jangan terliur pulak ahaha nak nak bulan puasa dah tak lama dah ni.
Sedap tu sedap jugak, soalnya berapa tu harga Life Shake Matcha atau Elderberry ni?
HARGA LIFE SHAKE MATCHA ;Bukan Ahli - RM206.25, atau DAFTAR AHLI untuk nikmati Harga Ahli - RM165
PROMOSI JANUARI 2020 - Pre-Launce Offer!!!!
Beli 1 canister atau tong Life Shake Matcha & dapat percuma 2 sachet ESP Shaklee!
ATAU beli 3 tong Life Shake Matcha & dapat Tote Beg Eksklusif berserta 6 sachet ESP Shaklee!!
Kalau nak dapatkan Life Shake Matcha boleh klik pada gambar dibawah untuk pautan whatsapp terus kepada El. InsyaAllah El bantu untuk beri konsultasi dan cadangan pengambilan bersesuaian dengan anda.
1 comments:
The desert has a certain charm, and dune buggy excursions offer a close-up look at its amazing splendor. Any time spent in the desert is a visual feast, from the captivating terrain to the distinctive flora and wildlife.
Post a Comment